PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion
PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya 1954 dengan sumbangan derma RM2.6 bilion serta bersubahat membenarkan kesalahan itu dilakukan.
PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Najib melakukan kesalahan apabila membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Menurut mereka, jumlah itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13, dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Nurul Izzah.
Beliau juga menggesa agar mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula.
Menurutnya lagi, PKR juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung wang RM2.6 bilion itu.
Setakat ini, 11 daripada 13 jawatankuasa pilihan raya negeri PKR sudah membuat laporan itu.
.
Popular Posts
-
Hari ni aku nak share pasal mcm mana nak jadi pengguna yang bijak dalam membeli usb cable (untuk smartphone). Credit to Yusri Salleh yang c...
-
1. Minyak hitam a) Fully Syntetic: - jenis minyak yang paling nipis - tahan sehingga 10,000 km - antara kadar kelikatan yang popula...
-
Makan diet yang sihat dan seimbang adalah satu elemen penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Ikuti 8 tips ini : 1. Makan makana...
-
PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya...
No comments:
Post a Comment