Pages

Tips Pengguna Bijak Dalam Membeli USB Cable (untuk Smart Phone)

Hari ni aku nak share pasal mcm mana nak jadi pengguna yang bijak dalam membeli usb cable (untuk smartphone). Credit to Yusri Salleh yang concern pasal hal ni.

Remax usb cable for charging and data transfer


1) Ramai antara kita ditipu atau tertipu ketika membeli cable charge smartphone. Biasa penjual akan tanya "mau beli cable charge apa" samsung ka, apple ka, OPPO ka bla blabla. Sebenarnya yang penting jenis cable. Micro USB utk MOST smartphone, atau apple lightning utk peranti apple, atau usb 3.0 mcm galaxy note 3 ke atas. Jgn pelik, kadang penjual yg haprak tatau pon...Mari kita lihat macam mana kita boleh tertipu.

2) Penjual menjual cable murah yang hanya mengeluarkan 0.5 A ( errr, A ni jumlah letrik yang bleh masuk ) tetapi cable asal anda sebenarnya boleh menerima 1.0 A. Apa jadi? lembab la nak charge. cable dalam tuh pon logam halus , cepat jahanam.. ni semua nak untung lebih punya pasal . kita yang tertipu.

3) Hang tanya lagi, ini cable boleh charge ipad ka, utk tablet boleh kasik charge ka? Tablet banyak yg terima 2.0 A. cable bodo tuh bleh bagi 0.5 jer. bertahun laaaaaa nak penuh. kalau tgh charge hang pakai, batt pon boleh abis sebab power consumption lagi tinggi dari rate charge masuk 0.5 tuh....Puiii. kene tipu lagi

4) Biasa cable murah ni ada lampu2 ( nak tipu anda letewww ) , dan loose packaging

5) Banyak dari cable murah ni ada label :samsung" padahal samseng yang buat . Penjual pulak kata "ini oli woooo". psttttt Bila nak buat serbuan carik bende ni. keh keh. Berleluasa ni tau!

6) Kadang2 cable murah ni dipakej cantik2 dan dijual sampai RM 30 . Sebenarnya harga cabel bodoh ni x sampai 50 sen pon

7) Satu cara lagi hangpa kene kencing. charger dia ( bende yg hang cucuk kat wall plug ) kadang depa jual yang 0.5 A . kah kah kah. hang punya ori cable bleh support 1.0 A. hang dpt laaaaaa 0.5 saja

8) Untuk cable yg agak baik didalam gambar ni harga sebenarnya adalah RM +- 15 sahaja. Tgk penjual label rege berapa? RM 69!!!! hang pi beli depa kata saya kasik diskaun jadi RM 30. HAHAHA. hang pon seronok pi beli. Padahal cable ni rege RM 15 saja. Saya survey disatu pasaraya minggu lepas. Kesemua penjual berpakat melabel harga cable ni dlm RM 45 - rm 50. Bila beli semua bagi diskaun.

9) Sila tengok di lelong.my . Harga cable ni sebenarnya dlm RM 12 + RM 6 postage. Beli la dari situ. Apa takut nak beli dari internet.? jangan paranoid sgt sampai kene tipu kat kedai. 

10) Sila tgk di website antarabangsa seperti ebay dan Aliexpress . rege cable ni USD 5 dgn penghantaran percuma. Klau beli Bulk kongsi dgn kawan2 tak sampai RM 10 siap hantar kat rumah hang.

11) UPDATE :Cable REMAX ni pon actually byk dah yg ciplak.hati2... Terlampau mahei kadang org jual ambil harga melampau. Terlampau murah maybe ciplak. Cara lain nak selamat ambil yg x berapa glemer punya brand. Org tak mau ciplak. Mcm powerbank pineng yg pening tp glemer ramai la ciplaknya... Nak betul ori beli jer online xiomi nyer micro usb cable kat website xiomi yg selalunya out of stock atau beli kedai yg korang percaya atau beli direct dari oversea yg byk review kat websitenya.

12) UPDATE 2: disebabkan REMAX ni pon byk clone . carik brand lain yg kurang kene clone mcm Rock,romoss,pisen . Tp of course rege ade mahei skit

13) UPDATE 3: utk yang tau lebih skit. USB 2.0 cable biasanya ada 5 cable dlm ( Fully rated, 4 utk sub-channel , takde drain) . 2 cable utk Data, 2 cable untuk charge dan 1 cable utk "drain" . Utk cable yang boleh charge cepat biasanya cable rating adalah 28/24 AWG cable ( awg tuh adalah American Wire Gauge , ketebalan cable. lagi besar lagi boleh banyak baweak current. 28/24 AWG cable , 24 adalah utk charge cable . 24 lagi besar dari 28 Ya. further reading here.

14) UPDATE 4: sebenarnya ada tester utk check berapa cable tuh boleh bawak current . search "charger doctor".

Admin

1 comment: