1MDB nafi laporan Business Times Singapura
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan oleh The Singapore Business Times yang melaporkan mengenai perjanjian pembidaan dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi sebagai 'tidak berjaya'.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu, 1MDB berkata, perbincangan dengan IPIC masih berjalan bagi memuktamadkan transaksi mengikut terma seperti yang diumumkan secara rasmi oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 10 Jun, 2015.
Artikel The Business Times itu adalah berasaskan perbualan dengan sumber yang tidak dikenali, yang ternyata tidak profesional dan tidak perlu, kata 1MDB dalam satu kenyataan, di sini.
1MDB berkata, syarikat itu kini memberi tumpuan ke atas usaha melaksanakan pelan rasionalisasi dengan jayannya, yang sudah terbukti berdasarkan pelbagai pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini.
Ia memberikan contoh lembaran terma pembidaan yang dilaksanakan dengan IPIC, senarai pendek pembida terpilih untuk menjana kewangan Edra Global Energy Bhd dan proses jualan semasa untuk Bandar Malaysia.
"Kami mengesahkan komitmen kami untuk menjayakan rasionalisasi ini dan akan terus memberi makluman terkini kemajuan rasmi secara berkala," katanya. - Bernama
Popular Posts
-
Hari ni aku nak share pasal mcm mana nak jadi pengguna yang bijak dalam membeli usb cable (untuk smartphone). Credit to Yusri Salleh yang c...
-
1. Minyak hitam a) Fully Syntetic: - jenis minyak yang paling nipis - tahan sehingga 10,000 km - antara kadar kelikatan yang popula...
-
Makan diet yang sihat dan seimbang adalah satu elemen penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Ikuti 8 tips ini : 1. Makan makana...
-
PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya...
No comments:
Post a Comment