Pages

Teknologi nuklear diaplikasi dalam produk Proton

Proton

MALAYSIA bakal menyaksikan aplikasi teknologi nuklear dalam industri automotif menerusi kerjasama penyelidikan antara Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Proton Holdings Berhad (Proton).

Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Datuk Dr Muhamad Lebai Juri dipetik sebagai berkata, keadaan liberalisasi perdagangan masa kini mendesak penghasilan produk tempatan yang inovatif dan setanding dengan produk import.

Justeru beliau berkata, Nuklear Malaysia mahu memainkan peranan bagi membantu Proton untuk menjadi lebih kompetitif dengan penggunaan produk tempatan.

"Sistem ini boleh dijadikan sebagai satu alat pemasaran bagi menjana kejayaan. Kebergantungan negara terhadap barang import dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan aliran wang keluar."

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Proton Iriz kepada Agensi Nuklear Malaysia di bawah skop Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Proton-Nuklear Malaysia, hari ini.

Difahamkan, fasa program kerjasama ini meliputi tiga komponen penyelidikan iaitu Development of Advanced EB Crosslinked HF/FR cable for automotive, Development of Advanced Aluminum/Aloy as Alternative Conductor for Automotive dan Establishment of Proton Industrial Standard and Malaysian Standard for Automotive Cables.

"Program penyelidikan ini adalah selaras dengan aspirasi dan penekanan kerajaan untuk meletakkan konsep inovasi dan pengutamaan produk tempatan sebagai agenda untuk memampankan ekonomi negara dengan produk tempatan yang berkualiti dan berteknologi tinggi," katanya lagi.




Admin

No comments:

Post a Comment