33 kawasan catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan di seluruh negara yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 33 kawasan pada 7 malam ini, berbanding 31 kawasan setakat 2 petang tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan baharu yang mencatat IPU tidak sihat ialah Sibu (106) dan Pasir Gudang (103) manakala Banting mencatat bacaan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 188 setakat ini.
Kawasan lain di Selangor yang terjejas teruk dilanda jerebu dengan bacaan IPU tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (181), Petaling Jaya (168), Shah Alam (167) dan Kuala Selangor (137). Di Sarawak, tiga kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Samarahan (104), Sarikei (126) dan Sri Aman (136).
Kualiti udara tidak sihat turut menyelubungi ibu negara, direkodkan di Batu Muda (183), Putrajaya (164) dan Cheras (161). Bagi Terengganu, Kemaman merekodkan bacaan 134 dan Paka 112, manakala di Johor iaitu Larkin Lama (105) dan Muar (140), juga mencatat IPU tidak sihat.
Di Pulau Pinang, tiga kawasan terjejas teruk iaitu Seberang Perai 2 (150), USM (145) dan Perai (124). Kawasan lain ialah Bandaraya Melaka (161), Bukit Rambai (182), Nilai (187), Port Dickson (183), Seremban (175), Balok Baru di Kuantan (135), Indera Mahkota (118), Jerantut (125),
Jalan Tasek (153), Kampung Air Putih, Taiping (141), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (167) dan Seri Manjung (173) serta Bakar Arang, Sungai Petani (127). IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA
Popular Posts
-
Hari ni aku nak share pasal mcm mana nak jadi pengguna yang bijak dalam membeli usb cable (untuk smartphone). Credit to Yusri Salleh yang c...
-
1. Minyak hitam a) Fully Syntetic: - jenis minyak yang paling nipis - tahan sehingga 10,000 km - antara kadar kelikatan yang popula...
-
Makan diet yang sihat dan seimbang adalah satu elemen penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Ikuti 8 tips ini : 1. Makan makana...
-
PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya...
No comments:
Post a Comment