Pages

Fareeda sedia servis 'door to door'


SYARIKAT pengeluar tudung eksklusif, Fareeda Global Resources Sdn Bhd meningkatkan perkhidmatan dengan memperkenalkan servis door to door sebagai menghargai pelanggan setia mereka.

Pengarahnya, Mawar Abdul Karim berkata, perkhidmatan itu diperkenalkan untuk mendekati pelanggan secara menyeluruh dengan memberikan kemudahan tempahan secara panggilan telefon, atas talian (online) dan juga media sosial.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut membolehkan pelanggan Fareeda mendapatkan tudung tanpa berkunjung ke butik.

“Banyak maklum balas yang kami terima mengenai kesukaran pelanggan mendapatkan tudung di butik kerana kekangan masa dan bekerja. Jadi, inilah perkhidmatan ini adalah penyelesaian kepada masalah tersebut.

“Perkhidmatan door to door ini akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana menjimatkan masa dan membolehkan mereka mendapatkan tudung terbaharu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran perkhidmatan Door to Door dan tudung Mawar Fuchsia, semalam.

Mawar berkata, walaupun servis itu diperkenalkan, tetapi sistem bernombor di butik masih dikekalkan seperti biasa.

Operasi perkhidmatan itu akan bermula pertengahan September ini dan penghantaran bergantung kepada permintaan dan kawasan.

“Kawasan liputan Lembah Klang antaranya Kuala Lumpur, Shah Alam, Bangi, Putrajaya. Fareeda juga merancang meluaskan kawasan penghantaran ke Kelantan dan Pulau Pinang pada Oktober depan.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan ini di Johor sebagai menghargai pelanggan setia kami di sana, danmelantik ejen untuk membuat perkhidmatan ini” katanya.

Mawar berkata, selain tudung Eksklusif Fareeda, terdapat barangan ditawarkan dalam perkhidmatan itu seperti aksesori, jam, beg, pin, power bank dan sebagainya.

"Proses penghantaran menggunakan perkhidmatan itu mengambil masa 24 jam hingga tiga hari bergantung kepada kawasan," katanya.





Admin

No comments:

Post a Comment