PROTON Holdings Bhd kini meningkatkan pengeluaran di samping menambah stok pengedar di seluruh negara untuk kereta sedannya, Persona.
Ini berikutan kenaikan permintaan yang kukuh untuk kereta berkenaan yang pertama kali dilancar pada Ogos 2007.
"Selepas menyaksikan permintaan kukuh untuk kereta buatan tempatan itu berikutan kejatuhan ringgit, kami gembira kerana lebih ramai rakyat Malaysia memilih Persona sebagai kereta pilihan mereka disebabkan saiznya yang besar, penggunaan bahan api yang sederhana dan kos penyelenggaraan yang rendah," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.
Sejak dilancarkan sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 265,882 unit Persona telah berjaya dijual.
"Segmen kereta sedan itu telah menunjukkan pertumbuhan yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dan kumpulan pembeli telah berkembang daripada keluarga tradisional kepada golongan muda dan profesional," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dipacu enjin Campro IAFM 1.6 liter, Persona boleh diperoleh dalam dua varian, iaitu is Persona Super Value (SV) dan Persona Executive, berharga daripada RM44,658.
Tempoh menunggu untuk Proton Persona, ketika ini adalah satu bulan.
Pelanggan digalak mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton di seluruh negara dan memandu uji kereta berkenaan.
Proton kini menjalankan kempen promosi ulang tahun ke-30 sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Bayaran muka yang rendah untuk kereta Proton terpilih sehingga RM3,000 untuk jualan balik kereta, kadar pembiayaan yang menarik serendah 1.99 peratus serta lanjutan waranti 7 tahun, boleh dinikmati pembeli baharu. - Bernama
Popular Posts
-
Hari ni aku nak share pasal mcm mana nak jadi pengguna yang bijak dalam membeli usb cable (untuk smartphone). Credit to Yusri Salleh yang c...
-
1. Minyak hitam a) Fully Syntetic: - jenis minyak yang paling nipis - tahan sehingga 10,000 km - antara kadar kelikatan yang popula...
-
Makan diet yang sihat dan seimbang adalah satu elemen penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Ikuti 8 tips ini : 1. Makan makana...
-
PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya...
No comments:
Post a Comment