Pages

Taman Tema Daripada Ubisoft Akan Dibuka Di Kuala Lumpur Menjelang Tahun 2020


KUALA LUMPUR 7 Sept. – R-Segari Group Sdn. Bhd. (RSG), bekerjasama dengan Ubisoft Motion Pictures membangunkan taman tema ge­nerasi akan datang yang pertama di dunia dijangka siap pada 2020.

Presiden RSG, Ramelle Ramli berkata, projek berkenaan dirancang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan pada akhir 2016 atau awal 2017 dan mengambil masa kira-kira tiga tahun.
Beliau bagaimanapun tidak dapat berkongsi nilai pembangunan kasar (GDV) kerana jumlah bagi keseluruhan taman tema itu masih dalam perbincangan.

Ujarnya lagi, kedua-dua pihak buat masa ini masih berbincang tentang reka bentuk, saiz taman tema dan perincian lebih mendalam yang akan diumumkan pada 2016.
“RSG dan Ubisoft sudah mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai kawasan taman tema dan kini sedang meneliti untuk memilih di antara dua lokasi seluas kira-kira empat hektar yang berpotensi.

“Kami menjangkakan dapat mem­perkenalkan reka bentuk taman tema berkenaan dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Presiden Kanan Ubisoft, Jean de Rivieres.
Taman tema berkenaan akan menampilkan tarikan dan pertunjukan bersesuaian untuk seisi ke­luarga dan semua lapisan umur.

Ubisoft mempunyai rekod kejayaan dalam memperkembangkan jenama sebagai pembuat permainan video kepada segmen taman tema dengan pelancaran “Rabbids Dark Ride” di French Park Futuroscope yang memenangi anugerah.

RSG pula membangunkan Mo­vie Animation Park Studios (MAPS) bekerjasama dengan pembangun kandungan animasi dan pencipta kepada animasi BoBoiBoy, MONSTA dan jenama antarabangsa, DreamWorks.





Admin

No comments:

Post a Comment