Pages

Subaru WRX Sti (Version 11)

Subaru WRX Sti (Version 11)


Siapa yang tidak inginkan sebuah jentera berkuasa. Hanya perlu sediakan sahaja wangnya. Salah satu jenama yang begitu sinonim dengan kenderaan prestasi ialah Subaru. Identiti enjin boxernya tidak pernah diubah hingga ke hari ini.
 Nadi bersesaran 2.5 liter model keluaran 2015 itu menerima beberapa peralatan hebat bagi melancarkan lagi pergerakan enjin.

Udara berlebihan yang disedut ke dalam intake akan dikeluarkan melalui unit blow-off Super SQV dari HKS. Bahagian enjin juga dipasang dengan wastegate Ultra Gate bersaiz 38 milimeter (mm) dari Turbosmart serta down pipe dari Tomei.

Gas karbon yang terhasil dari pembakaran dalam ruangan kebuk seterusnya dihantar keluar melalui manifold ekzos Tomei yang di sambung pada paip berkeluli tahan karat bersaiz tiga inci.

Kuasa bertenaga dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear 6 kelajuan lengkap bersama sistem klac Ogura ‘twin plate’ di dalamnya. Talaan enjin menjadi lebih hebat dengan penggunaan unit ecu STI asal yang telah di naik taraf semula oleh pihak AE.

Untuk keselamatan, sistem brek bagi jentera ini dipasang dengan sistem brek dari Brembo di samping sistem keselamatan asal yang masih lagi dikekalkan penggunaannya.

Bagi tidak mengganggu prestasi jentera ini semasa beraksi di atas jalan raya serta memberi lebih kestabilan, pemilik memilih sistem penyerap hentak boleh laras dari GAB SS Series HLSH 32 Step.

Sementara, ruang kabin masih lagi dikekalkan dengan penggunaan aksesori dan peralatan asal yang masih lagi berada dalam kondisi baik dan selesa kepada pemandu serta penumpangnya. Penampilan luarannya juga masih kekal dengan yang asal, namun kehebatan jentera ini tampak lebih menyerlah dengan penggunaan rim Volk Racing CE28 berukuran 18 inci dibaluti tayar Achilles ATR Sport.

Antara yang terlibat dalam memberi idea, menaik taraf serta menala jentera ini adalah pihak E Nos Ah Hau Tech, AE Motorsport, Dino DJ Club, Garage 17, U Lek Motor, Langkawi Kaki Torque Garage, Subaru Club Langkawi dan Ewamas Trading. 

Spesifikasi

Model : Subaru WRX STI 2015
Enjin asal : EJ25 2.5 liter
Modifikasi Enjin : HKS Super SQV blow-off, wastegate Turbosmart Ultra Gate 38mm, Electronic boost controller 3 port Selenoid, ekzos manifold Equal Length Tomei, Turbo outlet down pipe Tomei, paip ekzos kustom 3 inci keluli tahan karat, HKS Silent Hi Power muffler
Elektronik : Original stock performance management ecu already tuned by AE
Transmisi : manual 6-kelajuan, Ogura twin plate clutch
Suspensi : GAB SS SERIES  ADJUSTABLE hi low soft hard 32 STEP
Brek : Brembo dengan empat cakera, 4-channel, 4-sensor Super-Sport anti-lock brake system (ABS) with g-sensor;
Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist and Brake Override
Tayar& Rim : ACHILLES ATR Sport , Volk Racing CE28 18 inci × 8.5 PCD 114.5
Luaran : Asal WRX STI 2015 + OLM OE STI LIPS/DIFFUSER.
Dalaman : Asal WRX STI
Bengkel & Penaja : E Nos Ah Hau Tech, AE Motorsport, Dino DJ Club, Garage 17, U Lek Motor, Langkawi Kaki Torque Garage, Subaru Club Langkawi dan Ewamas Trading.


Admin

No comments:

Post a Comment