Pages

Pencipta Matawang Bitcoin Dedah Identiti

Craig Wright


Craig Wright, Seorang usahawan Australia akhirnya mendedahkan beliau adalah pencipta Bitcoin.

Pengakuan yang dibuat oleh Wright itu mengakhirkan spekulasi tentang siapa sebenarnya yang memulakan idea di sebalik mata wang digital itu.

Wright turut melampirkan beberapa bukti teknikal yang menyokong bahawa beliau adalah pencipta Bitcoin.

Pengakuan itu turut disahkan oleh komuniti Bitcoin dan para pembangun sistem matawang tersebut.
Dengan mendedahkan diri kepada umum, Wright berharap spekulasi-spekulasi yang timbul tentang Satoshi Nakamoto dapat diakhiri.

Pada Disember 2015, dua portal, Wired dan Gizmodo menamakan Wright sebagai calon 'berpotensi' sebagai pencipta Bitcoin.

Tidak lama selepas itu, rumah Wright diserbu oleh pihak berkuasa.

Selepas itu, Wright dan kenalannya menjadi tumpuan media dan orang ramai sehingga menyebabkan dia susah menjalani kehidupan seharian.

Bitcoins kini diterima sebagai matawang digital untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Difahamkan, kini terdapat 15.5 juta Bitcoin dan setiap satunya bernilai $449 (RM 1,758).

Dipercayai, Satoshi Nakamoto (Wright) memiliki satu juta Bitcoins yang juga bersaman dengan $450 juta (RM 1.7 billion).

Admin

No comments:

Post a Comment